pada bulan ramadhan tahun ke-92 hijrah,kaum muslimin di bawah pimpinan Thariq bin Zaid,berjaya membuka Andalusia (Sepanyol).peristiwa ini dikenali sebagai "Futuh Andalusia" ini begitu menyemarakkan semangat perluasan empayar Islam apabila Thariq dan tentera muslimin,berjaya menyeberangi selat diantara Afrika dan Eropah atas pemerintahan Musa bin Nushair,penguasa Islam ketika itu.
setelah tentera islam menyeberangi selat berkenaan,Thariq memerintahkan agar semua kapal perang Islam dibakar,sambil berpidato dengan penuh semangat bagi meransang jiwa angkatan Islam: "musuh di depan kamu.apabila kamu mundur,lautan di belakang kamu.pilih yang mana lebih tinggi kehormatannya,berjuang di jalan Allah atau mati ditelan lautan."
ucapan Thariq membakar semangat tentera muslimin untuk berjuang mati-matian kerana ada yang di depan hanyalah berjuang sekuat tenaga dan mengharap pertolongan Allah.semangat ini membolehkan satu demi satu kota musuh jatuh ke tangan kaum muslimin dan Andalusia brjaya ditakluki tentera muslimin pada bulan Ramadhan.
sejak itu,Andalusia menjadi pusat perkembangan imu pengetahuan dan mercu peradaban manusia yang tersohor pada zamannya,sehinggakankemajuan teknologi yang dimiliki Eropah sekarang adalah warisan teknologi umat Islam masa silam.
cool story.
ReplyDeletetq....alang2 blh naikkn smngat dlm bln puase ni...
ReplyDelete