. . .

Tuesday, September 13, 2011

Hari Raya


selepas sebulan berpuasa dan selepas berminggu minggu jugak tak update,nak ucapkan "
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir je" (batin untuk orang yang dah kahwin je).setelah penat sebulan puasa penuh,segala cabaran,godaan dan ujian kita dah lalui.tapi yang menjadi persoalannye,'Adakah Kita Cemerlang' ? bak kata orang putih (saya pun putih jugak.hihi),'flying colour' gitu.kebanyakkan kita semua tergolong dalam golongan yang disebut didalam lagu Senario - puasa dan raya (tak tau betul ke tak).

baju raya mesti nak gah.kasut raya mesti berkilau sampai kena pakai speck mata hitam bak nyanyian Noh Hujan untuk Kak Pah aka Datuk Sharifai Aini dalam Mentor Raya.silau silau Noh tengok kasut Kak Pah sampai kena pakai speck mata hitam.ehem,saya ni bukan lah baik sangat (
sebab tak jumpa kasut raya),'dakwah' saya ni tak lah sehebat Ustazah Siti Nur Bahiyah.saya ni cuma version ke-3 dia je sebab version ke-2 dah disandang oleh salah seorang ahli kumpulan Sepah Rajalawak.

raya raya jugak,tapi kita kena ingat kat mereka yang sudah meniggalkan kita dan jangan lah lupa untuk sedekahkan mereka Al-fatihah (
untuk ibu bapa pun boleh walaupun mereka masih hidup) dan lawat lah pusara mereka sesungguhnya kematian boleh mengingatkan kita supaya bertaubat,melaksanakan tuntutan agama,mengingati mati dan yang sewaktu dengannya.tak nak lah taip panjang panjang sebab idea pun sudah kureng dek kerana makan tak mengikut Piramid Giza.eh ? bukan Giza la tapi Makanan.Piramid Makanan.

apa apapun,saya,seorang hamba Allah ingin meminta maaf kalau selama saya menaip entri entri sebelum ini ada bahasa yang tidak menyenangkan,saya minta maaf dari 'A' sampai 'Z'.
"
Dot Dot Dot pergi pasaraya,
ingin membeli kacang soya,
bulan ini bulan Raya,
inilah masa to collect duit Raya."
"
Selamat Hari Raya It's Time To Collect Duit Raya!"