. . .

Sunday, July 22, 2012

Fadhilat Puasa Di Bulan Ramadhan

Antara fadhilat fadhilat puasa di bulan ramadhan :

  • mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga...
  • orang yang berpuasa akan dimakbulkan permintaan/doa nya oleh Allah...
  • orang yang berpuasa mendapat 2 kegumbiraan iaitu semasa berbuka puasa & apabila bertemu denan Allah di hari kiamat kelak...
  • orang berpuasa mendapat peliharaan Allah...
  • orang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mehligai yang  indah di syurga
  • setiap kali sujud orang yang berpuasa,dikurniakan 1700 kebajikan,dibinakan mahligai di syurga & 70,000 malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang...
  • setiap amalan wajib yang dilakukan diberi ganjaran pahala sebanyak 7,000 kali ganda manakala amalan sunat yang dilakukan diberi ganjaran pahala sama taraf dengan pahala amalan wajib...
semua kebaikan ini akan kita perolehi sekiranya kita berpuasa dan beribadah dengan ikhlas untuk mendapat keredhaan & rahmat Allah di bulan karnival pahala yang penuh dengan keberkatan ini...wallahualam...

Monday, June 25, 2012

Kenangan



entah kenapa...tuhan menguji aku hari ni dengan mengembalikan kenangan aku bersama besties aku dulu...setaip kali apabila ada cikgu baru yang masuk sekolah,kami aku akan cakap yang dia (cikgu baru) tu abang or bapak bestie aku ni dan juga sebaliknya..."we,abang kau we ! apa dia buat kat sekolah ni ?!" "abang kau la.tak pon kembar kau"...begitu la lebih kurang conversation kami semasa perhimpunan dan bergelak lah kami berdua tapi nasib lah cikgu cikgu di depan tak perasan...kadang kadang melarat sampai auntie cleaner yang lalu berdekatan tu pun jadi bahan gelak tawa kitorang..."we,mak cik kau we !" "we,mak kau ! nenek kau !"...setaip kali kami berdua mengaitkan orang lain dengan sesama sendiri mesti berserta gelak tawa...kadang kadang  bestie kami yang lagi seorang ni sampai tergelak sekali...memang tak boleh lupa kenangan tu...

pagi ta
di pula ada 2 orang cikgu baru (lelaki) masuk...bila aku terpandang akan kedua cikgu tu,terus aku teringat akan kenangan kami tahun lalu dan nasib baiklah aku tidak terlepas cakap dekat budak sebelah aku yang cikgu dekat depan tu abang dia...kalau tidak,buat malu je...sudah terlalu terbiasa macam ni apabila ada bestie aku tu akan tetapi,apa aku boleh buat untuk mengembalikan dia semula ke sekolah aku dan dalam kehidupan seharian aku...


sekarang,semua itu hanya tinggal kenangan yang tak akan aku lupakan...dan aku selalu berdoa dan berharap kami dapat bersama semula seperti dulu...

Wednesday, June 20, 2012

Alhamdulillah


Alhamdulillah...lepas je cuti 2 minggu,akhirnya dapat jugak aku keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang berlangsung bemula khamis minggu ke-3 sebelum cuti...alhamdulillah keputusan yang membanggakan (walaupun takde la berapa sangat)...kalau nak dibandingkan dengan ujian pertama yang lepas,semua markah aku lebih tinggi dari yang sekarang kerana ujian yang lepas tidak mengikut format yang sebenar...

walaupun soalannya agak susah,tapi aku dapat jawab dengan tenang thanks to HIM...semua jawapan yang aku beri semua nya betul di firasat ku...semua kertas jawapan aku dapat pada minggu lepas...alhamdulillah tak ada yang fail...matapelajaran sejarah dalam kelas aku ramai yang tak bernasib baik dan kebanyakkan nya meniru dan hanya segelintir saja yang menjawab dengan usaha sendiri...mereka yang meniru telah diberi nama kepada guru matapelajaran dan sudah pun diambil tindakan...tapi masih ada seorang yang masih belum tertangkap kerana aku dan yang lain lain tiada bukti untuk kaitkan dia tetapi isn't it obvious that the person that are not paying attention in class and always ponteng kelas gets higher mark ? i don't believe that is miracle...tapi,masih ada peperiksaan akhir tahun bukan ? masih ada masa untuk memperbaiki kekurangan...
gagal sekarang bukan bermakna gagal selama lamanya...

kedudukan dalam kelas dan dalam tingkatan masih belum diketahui lagi...tapi yang pasti,kawan aku yang dapat tempat pertama dalam ujian lepas pasti kekal ditempat yang sama...soalan math kali ni memang susah dan cikgu pun cakap macam tu...itu sebenarnya soalan untuk sekolah berasrama penuh (SBP)...aku ni bukan la standard budak pandai macam tu...cikgu math aku cakap memang susah pun soalan tu...sebab,cikgu yang buat soalan tu x pernah ajar budak SPM...soalan yang dia buat high level sangat...tapi takpa,
let bygone be bygone...

peperiksaan atau ujian adalah untuk menguji tahap kepandaian kita sejauh mana kita sudah menguasai mata pelajaran dan ajaran yang telah diajar oleh guru...jikalau kita hanya berusaha menjawab dengan meniru,ini menunjukkan yang kita tidak bersedia dan lebih teruk daripada mereka yang tidak menjawab kerana tidak tahu daripada mereka yang meniru untuk disanjungi or whatever their motives are...

moral of the story is,fikir dahulu sebelum bertindak...peperiksaan atau ujian bukan untuk menambah beban kita sebaliknya menguji tahap kepandain dan sejauh mana kita faham akan ajaran yang diajar...dan ingat lah,kalau kita meniru,kita hanya menipu diri sendiri dan menipu diri sendiri tu adalah perbuatan bodoh kerana kita tidak boleh menyembunyikan apa pun dari diri sendiri kerana kita tahu apa yang sedang kita lakuakan 
(if you know what i mean) dan macam mana nak sembunyikkan sesuatu daripada diri sendiri ?...

Thursday, May 17, 2012

Nasib

kita semua memang telah ditentukan nasib...tak kira la baik atau malang...tapi ari ni aku nak cerita pasal nasib malang yang menimpa diri aku sejak kebelakangan ini...






pada hari isnin 14/05/2012...aku telah menduduki peperiksaan pertengahan tahun untuk subjek Bahasa Inggeris   kertas 1 & 2...semasa aku dikehendaki menjawab kertas 1 yang bermula dahulu sebelum rehat dan seterusnya kertas 2,arahan mengatakan supaya aku membuat brainstorm (brainstorm ni macam peta minda untuk mencatatkan idea yang keluar supaya dapat menyusun dan tidak lupa semasa membuat karangan) sebelum menulis esei di kedua dua bahagian soalan...masa yang dicadangkan untuk menjawab bahagian A ialah 45 minit dan bahagian B 1 jam...bahagian A disuruh menulis surat rasmi...isi isi ada disertakan dan diarahkan supaya memasukkan kesemuanya kedalam esei dan digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal...selepas membaca doa yang menjadi senjata umat Islam...aku pun terus la membuat brainstorm untuk bahagian A dan memulakan esei...masa yang diperuntukkan untuk aku mengarang sebuah esei mungkin lebih daripada masa yang dicadangkan menyebabkan aku tidak sempat untuk menghabiskan esei untuk bahagian B...bahagian B pula karangan pilihan...aku pilih tentang "how can we keep our environment clean" kerana ianya tajuk yang senang...sedang aku mengarang esei ini untuk perenggan ketiga,tiba tiba cikgu yang menjaga kelas aku pada masa itu berkata "ok...tinggal lagi 10 minit"...aku pun bukan main lintang pukang lagi nak menyiapkan esei tersebut sambil mengambangkan isi yang telah dicatat di dalam proses brainstorm tadi...tidak sampai 5 minit pun selepas guru itu memberitahu kami masa yang tinggal,loceng rehat sudah pun berdering...aku terus menggelabah kerana esei aku belum siap dan belum ada kesimpulannya lagi...rupa rupanya,jam cikgu tu yang salah dan kami semua dikehendaki menghantar kertas jawapan kami dan aku pun mempercepatkan jari jemari ku untuk hanya menulis kesimpulannya walaupun isi yang lain tertinggal dan ada perenggan yang hanya satu ayat sahaja...bukan main kecewa lagi aku sedangkan aku perlu menaiktarafkan lagi keputusan bahasa Inggeris aku lebih baik daripada ujian lepas...dan pada kertas 1 pulak,aku buat bersungguh sungguh kerana mahu menebus kesilapan yang berlaku masa kertas 1 tetapi ianya tidak berbaloi kerana kertas 1 85 markah dan kertas 2 aku tak berapa ingat berapa markahnya...ada la jugak perasaan kecewa dan menyesal kerana tidak mengarang bahagian B dahulu...




hari ini pula,kakak aku memutuskan untuk memotong rambut aku yang dikatakn tak smart olehnya...mula mula aku rasa keberatan kerana dia pernah menggunting rambut aku pada tahun lepas kalau tak silap dan potongannya tak berapa nak menjadi dan hanya memalukan aku didepan orang ramai sahaja...beberapa bulan berlalu dan rambut aku semakin memanjang dan akhirnya aku dipaksa olehnya untuk memotong rambut dan dia seperti tikus menbaiki labu kerana dia beritahu aku yang perlu dipotong hanya bahagian atas telinga akan tetapi labu menjadi lebih rosak apabila tikus membaikinya dan akhirnya rambut pada bahagian atas sightburn telah menjadi terlalu pendek seperti ditobek...bukan main geram lagi aku dan time tu pulak la mesin penggunting rambut tu nak rosak...aku pun apa lagi...dengan perasaan geramnya dan sakit hatinya dan marahnya hanya Allah je la yang tahu macam mana aku rasa...dah la cuti seminggu lagi...dan masa cuti minggu pertama itulah aku perlu menghadiri 2 majlis kenduri kahwin dan tunang kedua dua sepupu aku yang tinggal di Pahang...so macam mana aku nak menghadapi mereka,keluarga yang lain dan orang ramai yang akan ke sana lagi ?...malunya nanti memang tak terkata la...kalau aku potong je rambut aku ni botak,nanti jadi bahan ejekan disekolah...dan kakak aku pun akan mengusik usik aku kerana aku otak...sebab itu la aku tak mahu botak dan tak mahu dia yang memotong rambut aku yang memang sudah molek tetapi nak buat macam mana...nasik dah jadi bubur...terima je la...


moral of the story is,kita dah tak boleh ubah masa lepas tetapi kita boleh buat masa depan yang lebih baik...seelok eloknya pikir lah dahulu bertindak dan sebelum membuat keputusan dan apa yang akan kita dapat...nasib baik atau malang...

Tuesday, May 8, 2012

Peristiwa

tersebut la kisah...dari sahabat ku yang dikasihani...cerita nya bermula apabila beliau berceria kepadaku tentang apa yang terjadi kepadanya


sedang dia duduk menunggu orang yang sepatutnya mengambil nya pulang dari sekolah di kawasan belakang sekolah sekitar jam 5 petang setelah 11 jam dia berada di sekolah atas urusan menuntu ilmu...dikala beliau sedang menunggu sambil membaca buku yang ber-genre suspen...beliau tiba tiba didatangi oleh seorang budak yang mungkin berumur sebaya dengan beliau yang datang dari kumpulannya menuju ke arah beliau..."awak umur berapa ?" tanya budak tu...dia pun menjawab "saya tiada jam"kerana dia ingatkan budak tu bertanya tentang masa..."tak,awak umur berapa ?"tanya budak tu lagi..."oh.saya ** tahun"jawab beliau sambil mendongak ke arah muka budak tu..."TIPU !" marah budak tu tadi..."BETUL LA !" jawabnya dengan nada yang sama...budak tu pon segera mengalihkan pandangannya ke arah kawan kawannya yang lain sambil bercakap dalam bahasa yang tidak difahami beliau...kemudian,budak itu pon mengalih pandangan nya ke arah sahabat ku dan bertanya "awak ada duit ka ? bagi saya seringgit" arah budak itu...dengan nada yang lembut sahabat ku menjawab "saya takda duit seringgit"...budak lelaki tadi seperti berang lalu berkata "TIPU !" sambil menampar kepala beliau yang baru sahaja berpaling muka menghadap buku di depan...dan budak yang terlalu kurang ajar itu terus tersengih sambil berlari ke arah kumpulannya yang juga turut tersengih malah ada yang ketawa terbahak...dalam keadaan beliau yang sedikit kepenatan,hanya mampu duduk disitu sambil memerhati budak sialan tadi terus berlalu pergi...semasa perkara itu terjadi,fikiran nya agak bercelaru memikirkan,'patut ke aku  tarik kaki budak tu biar dia jatuh lepas tu ambush dia?','patut ke aku pergi belasah dia cukup cukup ?','tapi nanti kalau aku buat macam tu boleh jadi gaduh,lepas tu sampai panggil ibu bapa'...setelah pikir punya pikir,akhirnya dia membiarkan saja budak sialan itu berlalu pergi tanpa membuat sebarang tindakan kerana beliau memikirkan risiko jangka masa pangjangnya...dengan kudrat yang ada,beliau terus membaca buku itu sehingga habis ceritanya...walaupon pengakhiran cerita tu tak lah berapa nak best seperti yang apa yang disangka,tetapi lebih baik beliau membacanya daripada bergaduh dengan budak sialan tu yang hanya mahu mengusik beliau...
moral of the story...jangan lah duduk ditempat yang lengang dan tiada orang walaupon di dalam kawasan sekolah...seelok eloknya,tunggu la di dalam pondok GUARD yang lebih selamat...

Sunday, April 22, 2012

kawan



tahun 2012 ni,banyak ujian yang mendatang untuk menguji tahap kesabaran ku ni...tapi yang paling susah sekali,pemergian sahabat-sahabat karib aku (bukan meninggal dunia ye..),3 orang pindah sekolah...2 ke sekolah teknik dan seorang lagi ke sekolah biasa je...




yang si H memang dia dah cakap die nak pindah dari form 3 lagi...so,tak ada la rasa sangat pemergian dia...tapi yang si K plak,die mana ada bagi tau or tunjuk kat aku n kawan kitorang yang die minat 'kejuruteraan mekanikal'...sebab aku,K minat sangat cerita project Runway n si H tu palk boleh dikatakan minat jugak la dalam bidang seni ni...tapi,dia pergi apply kos yang macam patri-mematri ni...kan tak berkaitan langsung...




yang si K,dia pindah mase hari isnin n kitorang last jumpa hari jumaat 6.1.2012...selepas sebulan lebih kitorang terpisah kerana cuti n rumah masing-masingg jauh...so,tak dapat nak berjumpa...memang sedih giller sebab dari form 1 kitorang berkawan...ingat lagi masa dulu,dia seorang je,tak ada kawan...dengan tiada perasaan malu,aku pon tegur la dia..."wei,name ko sape ?" "entah.tak tau" (sambil buat muke selamba) lepas tu,terus aku pergi ambil buku tulis dia n tengok nama nya...so,dari situ la kitorang kenal...disebabkan aku ni rapat dengan seorang cikgu ni,n cikgu n pon boleh tahan la foffullar kat sekolah...so senang la kitorang pon nak dikenali oleh cikgu-cikgu lain...kalau la aku tak beranikan diri untuk ambil buku tulis dia,mesti aq tak tau nama dia...mungkin tak berkawan la kitorang...memang best la dapat kawan macam dia...baik,pandai,rajin,selalu datang kelas tambahan,kelas ganti,gotong-royang...so,ada la jugak teman masa-masa yang macam tu...




yang si H plak,kitorang berkenalan rapat masa form 2 walaupon masa form 1,aku,K,H classmate...tapi aku tak la rapat sangat dengan si H ni...kawan dengan h ni pon best jugak...sebab die ni kadang-kadang kalau aku ambil duit die n aku cakap aku nak,mesti die kasi...walaupon die ni sedikit pemalas orangnya,kalau kelas tambahan,sekolah ganti,gotong-royong kekadang malas nak datang...tapi pandai orangnya...kalau pergi rombongan ke,mesti aku duduk sebelah dia...kalau aku kacau dia ke,dia wat macam tak kesah je...n dia ni orangnya yang macam,entah la...susah nak terangkan...macam,sempoi-sempoi gitu...kalau dulu,aku suka pukul orang (bukan kuat.just gurau-gurau),tapi lepas aku rapat dengan dia,sikit,sikit aku kurangkan tabiat aku tu...ikot perangai dia yang memang mendatangkan manfaat...yang tak boleh lupa,hari last dia sekolah,hari tu jugak la aku demam...tapi dapat la jugak datang sekolah...hari die sms kat aku yang dia dah dapat feedback dari sekolah teknik tu n kitaorang dah tak dapat jumpa lagi,masa tu aku tengah baring kat atas tilam sebab tak larat nak pergi sekolah...nak menagis rasanya time tu...SEDIH sangat...tapi,nak buat macam mana kan ? dah itu rezeki n minat dia...aku tak boleh la nak halang...




yang lagi seorang lagi nama die J or W...tapi aku panggil dia J...dia ni macam bermasalah sikit...tapi ok la kawan dengan dia...memang kelaka...kalau aku,H yang memang slalu ejek dia ni,dia ye kan aja...sempoi je...kalau kitorang bertugas (untuk pengetahuan,semua besties aku pengawas pusat sumber termasuk la aku),n then jumpa muke orang tua ke,gamba yang entah apa-apa,mesti aku dengan H ejek "wei J**,ni atok/nenek/pak we/mak/bapak ko wei!" die pon iye kan aja...tapi masuk tahum 2012,masalah dia bertambah banyak n besar...aku nasihat jugak dia,bagi tips macam mana nak selesai kan masalah dia tu macam slalu aku n the geng buat...tapi mungkin dia dah tak tahan dengan ujian yang tuhan bagi dekat dia,start dari maulidul rasul sampai labila entah (lupe),die tak datang..dalam sebulan jugak la dia tak datang...mak dia asyik tanya aku n kawan aku yang lain yang rapat dengan die "J***** mana? ada nampak dia tak? dia ada telepon/sms korang tak ?"...aku n bestie aku yang sorang ni cadangkan kat cikgu kelas kitorang jom cari J kat tempat dia slalu lepak...mula-mula dah baik punya plan,last last,tak jadi pal sebab cikgu lain cakap,takut apa-apa jadi kat kitorang sebab kawan-kawan dia bukan budak yang ok ok...lepas tu masa hari selasa haribulan tak ingat,cikgu kelas kitorang cakap yang die dah pindah sekolah sebab bapak dia baru je wat surat berhenti sekolah...time tu aku rasa kecewa sesangat sebab die je la yang tinggal lepas K & H pindah sekolah...nasib la aku tak rebah or terus pengsan dengar berita buruk tu...sejak dia tak datang,setiap hari aku tunggu dia kot kot dia datang sekolah...tapi,tau tau je dia dah pindah...dah la K,H je kawan lelaki yang rapat dengan aku...yang lain tu ada,tapi kelas jauh n jarang jumpa...pastu bila diaorang pindah,tinggal la aku dengan besties aku yang termasuk la J...ni lepas dia pergi,aku rasa macam aku dak tak ada siapa-siapa dah kat dalam dunia ni (selain keluarga)...memang sedih giller...




tapi,alhamdulillah la Allah pertemukan aku dengan K,H & J so aku ada la teman kalau ada kelas tambahan,sekolah ganti,gotong-royang,rombongan,someone to talk to,someone to joke with,someone to rely on,someone who can be an example...rindu sangat masa-masa kita bersama dulu...sekarang,dah macam tak mungkin kita akan dapat jalani hidup macam dulu lagi...tapi,aku tetap akan ingat memori kita bersama sampai bila-bila...masa 20.1.2012 lepas,aku siap mimpi si K lagi...tak pernah pernah aku rindu seseorang sampai terbawak ke mimpi...25.1.2012 plak,aku mimpi pasal si H...aku pon cite la kat besties aku yang aku mimpi pasal dorang n so on...1.3.2012,aku mimpi pasal K & H skali gus...yang best nya,ketiga-tiga mimpi tu,semua nya aku dapat peluk n 'lepaskan rindu' kat diaorang berdua...lepas tu masa bulan 3 haribulan tak ingat,aku mimpi pasal J...seriously,aku tak pernah rindu seseorang tu sampai terbawa ke mimpi not even my mom when dia pergi menjadi tetamu Allah di Tanah Suci dan mengerjakan Rukun Islam yang kelima...i hope that we'll meet again someday...



Saturday, April 21, 2012

Kembali







dah lama dah saya x update blog yang dah bersawang ni...last update,masa raya tahun lepas...rasa rindu plak kat blogger.com ni...nak update ni pon sebab kebosanan melanda...tak tahu nak buat apa...online FB tapi still bosan...main game pon lama-lama datang jugak kebosanan...tak apa,kali ni,dah ada banyak point yang nak di taip...nanti panjang berjela,baru la dapat isi masa lapang yang terbuang ni...