. . .

Sunday, June 16, 2013

Stres !

sedang ku menghirup udara-udara bandar setiap hari,terasa diri ini seperti di awangan asap kenderaan...menjalani rutin harian ku,bertemu kawan-kawan dan guru-guru yang sentiasa bersama ku memberikan stres dan kegilaan yang teramat...

"WAKE UP !".sudah ! jangan nak mengarut...dah la assignments belum siap lagi...boleh gila dibuatnya bila sampai bulan 6."semua kerja kursus untuk semua subjek mesti dihantar sebelum bulan 7 kerana pentaksir kawasan akan datang memeriksa kerja kursus anda" WHAT THE HELL ?!! dah la aku punya assignment ICT hilang n kene buat balik n bukan nya senang lagi-lagi crimping cable,seni pulak nk kne lukis-lukis n kena cantik + kemas baru dapat markah banyak...semua nak kena hantar sebelum bulan 7...tsunami of stress is destroying my happiness inhaling asap kenderaan...sob sob...boleh gila jadinya...nanti mula lah mukaku ini ditumbuhi dengan jerawat-jerawat segar seperti cendawan tumbuh selepas hujan/jerawat tumbuh ketika stres kalau aku tak dapat nak mengawal kecelaruan yang melanda ni...sob sob...


tahun ni memang serius kegilaannya...dengan masalah itu,masalah ini,kerja itu,peperiksaan ini...semuanya ni macam dah tak boleh diterima logik ! takpa-takpa,cuba tenangkan diri sambil menyelesaikan semua permasalahan yang menimpa dengan berdoa kepada yang maha esa dan banyak bersabar kerana ini semua telah termaktub hanya untuk diriku kerana Dia percaya aku boleh tempuhinya...but,i just don't know i can keep up or not.but don't forget this "never give up !".


Sunday, March 10, 2013

Menilai



"Jangan menilai Buku Daripada Kulitnya"...selalu kita dengar ayat ini disebut terutamanya oleh cikgu BM...kalau kita tengok luaran buku tu cantik mesti kita dah beranggapan isinya pun setaraf dengan kecantikannya...tetapi pernah kah kita fikir ia mungkin sebaliknya ? kadang-kadang ianya adalah pengeliruan semata-mata...




pada 10/3/13,aku telah keluar berseronok dengan kawan-kawanku di sebuah mall berdekatan...kami bermain di arcade berlumba kereta dan ianya agak menyeronokkkan...selepas itu,aku dengan kawan-kawan aku yang lain pergi menonton wayang cerita "OZ" 3D dan disebabkan aku ini bukan orang yang bercermin mata,kerana terdapat ketidakselesaan di bahagian batang hidung,terpaksa lah aku memegang kedua-dua belah cermin mata itu supaya mendapat keselesaan...kami pergi bermain snuker setelah selesai menonton wayang,dengan berbekalkan pengalaman yang tak pernah memegang kayu snuker,bola snuker,dan apa sahaja yang berkaitan dengan permainan ini,kami asyik diperhati oleh anak beranak yang sedang bermain bersebelahan kami dengan pandangan yang sinis...kami tahu kami tidak pernah mencuba permainan ini kecuali salah seorang dari kami itupun hanya beberapa kali...setelah kesemua,bola telah di'tolak' masuk kedalam lubang,kami beralih pula ke tempat boling dan memulakan permainan kami...kami diberi tempat yang bersebelahan dengan sekumpulan lelaki yang boleh digelar sebagai abang oleh diriku yang masih muda ini...disebabkan kami hanya teridiri daripada 3 orang-2 perempuan,1 lelaki,kumpulan lelaki itu terus seperti hilang arah sebentar dek kerana 2 orang kawan perempuan ku ini yang juga berkongsi satu mesin keluar bola boling dengan mereka...ada salah seorang daripada mereka seperti mengecam muka aku dan aku pun mengecam muka dia kerana kami pernah bersekolah di dalam sekolah yang sama cuma dia mungkin tua 2 atau 3 tahun daripada aku dan dia juga adalah adik kawan kepada salah seorang daripada kawan ku ini...dengan berbekalkan pengalaman dan pengetahuan yang lebih yang telah diberikan oleh seorang pak cik ku yang juga salah seorang atlet sukan boling negara,aku telah mendapat 108 markah dan yang paling tinggi daripada kami bertiga dengan perbezaan yang tidak ketara (20-40 markah),aku seperti dapat membalas 'ejekan' kumpulan lelaki itu yang seperti melihat aku dari atas ke bawah dan bertanya serta berbisik sesama mereka 'alah,aku lagi bagus la','boleh ke budak ni kalahkan kita ?'...dengan mendapat 2 kali strike dengan satu percubaan dan 2 kali strike dengan dua percubaan dan memperoleh makah lebih tinggi berbanding abang-abang disebelah tu dengan berbezaan yang tidak ketara (10-50 markah) seperti membuka mata mereka...pada mulanya,aku tidak mengiraukan langsung pandangan mereka dan markah-markah yang mereka peroleh,tetapi sifat semula jadi yang terdapat didalam diriku ini telah membarakan lagi perasaan aku terhadap mereka...mungkin mereka menilai luaran aku ini yang tak seberapa ni berbanding mereka yang mungkin difikir lebih bagus daripada aku...

\

Friday, February 8, 2013

Tersentuh


di petang yang panas,semasa aku tengah menjamu selera di kantin sekolah selepas menemankan salah seorang kawan aku untuk pergi ke kedai top-up,kami didatangi oleh seorang pengawas sekolah sesi petang tingkatan 1 yang secara tiba-tiba mengambil sampah-sampah plastik bekas isian makanan kami yang aku dan kawan-kawan aku tinggalkan sementara dihadapan kami untuk membuangnya nanti setelah kami selesai dengan sesi menjamu selera kami.kami memang betul-betul terkejut kerana dia dengan tidak semenanya mengambil sampah-sampah tersebut dan membuangkannya kedalam tong sampah yang berdekatan.memang aku tidak pernah bertemu dengan orang/pelajar seperti ini begitu juga kawan-kawan ku yang kelihatan sungguh baik dan rajin seperti dia...dia telah membuat kan kami semua tercengang dengan tindakannya itu...sebentar kemudian,aku memanggil pengawas itu dan bertanyakan namanya sertas di kelas apa dia berada kerana kami ingin mem'promote' dia kepada salah seorang guru disilpin juga merupakan guru pengawas supaya cikgu itu tahu tentang perihal pengawas yang baik ini dan kami berharap supaya dia akan dinobatkan sebagai ketua pengawas suatu hari nanti kerana sifat baiknya itu...


tiba-tiba pula kami bertiga menyuarakan keinginan untuk mempunyai adik seperti dia kerana kami bertiga adalah anak bongsu...apabila sudah meningkat usia ni,terasa cemburu pula melihat kawan-kawan sebaya lain yang mempunyai adik...memang cemburu...tapi takpa,mungkin ada hikmahnya...btw 'adik',keep it up ok !

Friday, January 11, 2013

Masa

2 bulan percutin yang penuh dengan perasaan bosan yang tidak tahu nak buat apa...jalan-jalan pun tak selalu...patutnya ikut plan pergi Sabah Negeri Di Bawah Bayu bulan 12 akan tetapi,kita hanya buleh merancang,tuhan yang menentukan...tapi takpe,tahun ni bulan 12 In Shaa Allah akan sampai jugak diri ini ke negeri Di bawah Bayu tu...cuti kali ini tak banyak aktiviti sangat cuma pergi mall n pantai macam selalu...tiba-tiba pada masa cuti ini terputik lah kegilaan keingininan melampau hobi baru iaitu membeli baju...padahal fulus takde lah banyak mana pun,tapi time tu tengah SALE 2 for 25...aku pun apa lagi...bukan main gila seronok lah...akhirnya dapat lah aku 2 baju pilihan di pusat pakaian tu...tak sampai beberapa minggu,datang lagi lah aku ke mall yang sama cuma kali ini ke pusat pakaian yang berlainan pula n terserempak lah aku dengan baju lengan panjang tak berkolar,fabrik yang bagus,corak yang vintage dan yang PALING penting sekali ialah harganya yang berpatutan...nak dipendekkan cerita,dapat lah aku memiliki baju itu...sesudah sampai di rumah,aku berfikir sejenak,"baju aku yang dulu-dulu pun masih banyak lagi,masih muat dan dalam keadaan yang baik"...nak dipendekkan cerita,setiap kali aku pergi ke mall yang sama atau mana-mana mall,aku akan cuba menahan nafsu aku untuk mengelakkan aku akan membeli lagi baju baru walaupun ianya seperti memanggil-memanggil namaku kerana aku masih ada cukup malah terlebih cukup baju untuk dipakai termasuklah yang baru ku beli...ini secara tidak sengaja mengingatkan aku tentang manusia-manusia di negara lain yang tidak sebertuah aku..."Syukur pada-Mu"...

Dalam masa 2 bulan ni jugak lah fulus ku bertimbun di kedai-kedai singgahan ku di mall...sampai terpakse berhutang dengan sampul raya sendiri n sampai sekarang tak terbayar lagi...takpe,baru awal tahun...masih boleh membayar hutang ke Bank Sampul Raya...I still got a whole year to do my savings...don't worry...

Happy Belated New Year ! OMG ! the BIGGEST EXAM of all ! i don't know if i've prepared my guns and weapons already or not for this war but what i'm certain is,i'm not going to loose ! never give up and just live my life happily ever after along with friends,teachers,families all the way through...