. . .

Friday, February 8, 2013

Tersentuh


di petang yang panas,semasa aku tengah menjamu selera di kantin sekolah selepas menemankan salah seorang kawan aku untuk pergi ke kedai top-up,kami didatangi oleh seorang pengawas sekolah sesi petang tingkatan 1 yang secara tiba-tiba mengambil sampah-sampah plastik bekas isian makanan kami yang aku dan kawan-kawan aku tinggalkan sementara dihadapan kami untuk membuangnya nanti setelah kami selesai dengan sesi menjamu selera kami.kami memang betul-betul terkejut kerana dia dengan tidak semenanya mengambil sampah-sampah tersebut dan membuangkannya kedalam tong sampah yang berdekatan.memang aku tidak pernah bertemu dengan orang/pelajar seperti ini begitu juga kawan-kawan ku yang kelihatan sungguh baik dan rajin seperti dia...dia telah membuat kan kami semua tercengang dengan tindakannya itu...sebentar kemudian,aku memanggil pengawas itu dan bertanyakan namanya sertas di kelas apa dia berada kerana kami ingin mem'promote' dia kepada salah seorang guru disilpin juga merupakan guru pengawas supaya cikgu itu tahu tentang perihal pengawas yang baik ini dan kami berharap supaya dia akan dinobatkan sebagai ketua pengawas suatu hari nanti kerana sifat baiknya itu...


tiba-tiba pula kami bertiga menyuarakan keinginan untuk mempunyai adik seperti dia kerana kami bertiga adalah anak bongsu...apabila sudah meningkat usia ni,terasa cemburu pula melihat kawan-kawan sebaya lain yang mempunyai adik...memang cemburu...tapi takpa,mungkin ada hikmahnya...btw 'adik',keep it up ok !

No comments:

Post a Comment