. . .

Sunday, March 10, 2013

Menilai



"Jangan menilai Buku Daripada Kulitnya"...selalu kita dengar ayat ini disebut terutamanya oleh cikgu BM...kalau kita tengok luaran buku tu cantik mesti kita dah beranggapan isinya pun setaraf dengan kecantikannya...tetapi pernah kah kita fikir ia mungkin sebaliknya ? kadang-kadang ianya adalah pengeliruan semata-mata...




pada 10/3/13,aku telah keluar berseronok dengan kawan-kawanku di sebuah mall berdekatan...kami bermain di arcade berlumba kereta dan ianya agak menyeronokkkan...selepas itu,aku dengan kawan-kawan aku yang lain pergi menonton wayang cerita "OZ" 3D dan disebabkan aku ini bukan orang yang bercermin mata,kerana terdapat ketidakselesaan di bahagian batang hidung,terpaksa lah aku memegang kedua-dua belah cermin mata itu supaya mendapat keselesaan...kami pergi bermain snuker setelah selesai menonton wayang,dengan berbekalkan pengalaman yang tak pernah memegang kayu snuker,bola snuker,dan apa sahaja yang berkaitan dengan permainan ini,kami asyik diperhati oleh anak beranak yang sedang bermain bersebelahan kami dengan pandangan yang sinis...kami tahu kami tidak pernah mencuba permainan ini kecuali salah seorang dari kami itupun hanya beberapa kali...setelah kesemua,bola telah di'tolak' masuk kedalam lubang,kami beralih pula ke tempat boling dan memulakan permainan kami...kami diberi tempat yang bersebelahan dengan sekumpulan lelaki yang boleh digelar sebagai abang oleh diriku yang masih muda ini...disebabkan kami hanya teridiri daripada 3 orang-2 perempuan,1 lelaki,kumpulan lelaki itu terus seperti hilang arah sebentar dek kerana 2 orang kawan perempuan ku ini yang juga berkongsi satu mesin keluar bola boling dengan mereka...ada salah seorang daripada mereka seperti mengecam muka aku dan aku pun mengecam muka dia kerana kami pernah bersekolah di dalam sekolah yang sama cuma dia mungkin tua 2 atau 3 tahun daripada aku dan dia juga adalah adik kawan kepada salah seorang daripada kawan ku ini...dengan berbekalkan pengalaman dan pengetahuan yang lebih yang telah diberikan oleh seorang pak cik ku yang juga salah seorang atlet sukan boling negara,aku telah mendapat 108 markah dan yang paling tinggi daripada kami bertiga dengan perbezaan yang tidak ketara (20-40 markah),aku seperti dapat membalas 'ejekan' kumpulan lelaki itu yang seperti melihat aku dari atas ke bawah dan bertanya serta berbisik sesama mereka 'alah,aku lagi bagus la','boleh ke budak ni kalahkan kita ?'...dengan mendapat 2 kali strike dengan satu percubaan dan 2 kali strike dengan dua percubaan dan memperoleh makah lebih tinggi berbanding abang-abang disebelah tu dengan berbezaan yang tidak ketara (10-50 markah) seperti membuka mata mereka...pada mulanya,aku tidak mengiraukan langsung pandangan mereka dan markah-markah yang mereka peroleh,tetapi sifat semula jadi yang terdapat didalam diriku ini telah membarakan lagi perasaan aku terhadap mereka...mungkin mereka menilai luaran aku ini yang tak seberapa ni berbanding mereka yang mungkin difikir lebih bagus daripada aku...

\

No comments:

Post a Comment