. . .

Thursday, May 17, 2012

Nasib

kita semua memang telah ditentukan nasib...tak kira la baik atau malang...tapi ari ni aku nak cerita pasal nasib malang yang menimpa diri aku sejak kebelakangan ini...






pada hari isnin 14/05/2012...aku telah menduduki peperiksaan pertengahan tahun untuk subjek Bahasa Inggeris   kertas 1 & 2...semasa aku dikehendaki menjawab kertas 1 yang bermula dahulu sebelum rehat dan seterusnya kertas 2,arahan mengatakan supaya aku membuat brainstorm (brainstorm ni macam peta minda untuk mencatatkan idea yang keluar supaya dapat menyusun dan tidak lupa semasa membuat karangan) sebelum menulis esei di kedua dua bahagian soalan...masa yang dicadangkan untuk menjawab bahagian A ialah 45 minit dan bahagian B 1 jam...bahagian A disuruh menulis surat rasmi...isi isi ada disertakan dan diarahkan supaya memasukkan kesemuanya kedalam esei dan digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal...selepas membaca doa yang menjadi senjata umat Islam...aku pun terus la membuat brainstorm untuk bahagian A dan memulakan esei...masa yang diperuntukkan untuk aku mengarang sebuah esei mungkin lebih daripada masa yang dicadangkan menyebabkan aku tidak sempat untuk menghabiskan esei untuk bahagian B...bahagian B pula karangan pilihan...aku pilih tentang "how can we keep our environment clean" kerana ianya tajuk yang senang...sedang aku mengarang esei ini untuk perenggan ketiga,tiba tiba cikgu yang menjaga kelas aku pada masa itu berkata "ok...tinggal lagi 10 minit"...aku pun bukan main lintang pukang lagi nak menyiapkan esei tersebut sambil mengambangkan isi yang telah dicatat di dalam proses brainstorm tadi...tidak sampai 5 minit pun selepas guru itu memberitahu kami masa yang tinggal,loceng rehat sudah pun berdering...aku terus menggelabah kerana esei aku belum siap dan belum ada kesimpulannya lagi...rupa rupanya,jam cikgu tu yang salah dan kami semua dikehendaki menghantar kertas jawapan kami dan aku pun mempercepatkan jari jemari ku untuk hanya menulis kesimpulannya walaupun isi yang lain tertinggal dan ada perenggan yang hanya satu ayat sahaja...bukan main kecewa lagi aku sedangkan aku perlu menaiktarafkan lagi keputusan bahasa Inggeris aku lebih baik daripada ujian lepas...dan pada kertas 1 pulak,aku buat bersungguh sungguh kerana mahu menebus kesilapan yang berlaku masa kertas 1 tetapi ianya tidak berbaloi kerana kertas 1 85 markah dan kertas 2 aku tak berapa ingat berapa markahnya...ada la jugak perasaan kecewa dan menyesal kerana tidak mengarang bahagian B dahulu...




hari ini pula,kakak aku memutuskan untuk memotong rambut aku yang dikatakn tak smart olehnya...mula mula aku rasa keberatan kerana dia pernah menggunting rambut aku pada tahun lepas kalau tak silap dan potongannya tak berapa nak menjadi dan hanya memalukan aku didepan orang ramai sahaja...beberapa bulan berlalu dan rambut aku semakin memanjang dan akhirnya aku dipaksa olehnya untuk memotong rambut dan dia seperti tikus menbaiki labu kerana dia beritahu aku yang perlu dipotong hanya bahagian atas telinga akan tetapi labu menjadi lebih rosak apabila tikus membaikinya dan akhirnya rambut pada bahagian atas sightburn telah menjadi terlalu pendek seperti ditobek...bukan main geram lagi aku dan time tu pulak la mesin penggunting rambut tu nak rosak...aku pun apa lagi...dengan perasaan geramnya dan sakit hatinya dan marahnya hanya Allah je la yang tahu macam mana aku rasa...dah la cuti seminggu lagi...dan masa cuti minggu pertama itulah aku perlu menghadiri 2 majlis kenduri kahwin dan tunang kedua dua sepupu aku yang tinggal di Pahang...so macam mana aku nak menghadapi mereka,keluarga yang lain dan orang ramai yang akan ke sana lagi ?...malunya nanti memang tak terkata la...kalau aku potong je rambut aku ni botak,nanti jadi bahan ejekan disekolah...dan kakak aku pun akan mengusik usik aku kerana aku otak...sebab itu la aku tak mahu botak dan tak mahu dia yang memotong rambut aku yang memang sudah molek tetapi nak buat macam mana...nasik dah jadi bubur...terima je la...


moral of the story is,kita dah tak boleh ubah masa lepas tetapi kita boleh buat masa depan yang lebih baik...seelok eloknya pikir lah dahulu bertindak dan sebelum membuat keputusan dan apa yang akan kita dapat...nasib baik atau malang...

Tuesday, May 8, 2012

Peristiwa

tersebut la kisah...dari sahabat ku yang dikasihani...cerita nya bermula apabila beliau berceria kepadaku tentang apa yang terjadi kepadanya


sedang dia duduk menunggu orang yang sepatutnya mengambil nya pulang dari sekolah di kawasan belakang sekolah sekitar jam 5 petang setelah 11 jam dia berada di sekolah atas urusan menuntu ilmu...dikala beliau sedang menunggu sambil membaca buku yang ber-genre suspen...beliau tiba tiba didatangi oleh seorang budak yang mungkin berumur sebaya dengan beliau yang datang dari kumpulannya menuju ke arah beliau..."awak umur berapa ?" tanya budak tu...dia pun menjawab "saya tiada jam"kerana dia ingatkan budak tu bertanya tentang masa..."tak,awak umur berapa ?"tanya budak tu lagi..."oh.saya ** tahun"jawab beliau sambil mendongak ke arah muka budak tu..."TIPU !" marah budak tu tadi..."BETUL LA !" jawabnya dengan nada yang sama...budak tu pon segera mengalihkan pandangannya ke arah kawan kawannya yang lain sambil bercakap dalam bahasa yang tidak difahami beliau...kemudian,budak itu pon mengalih pandangan nya ke arah sahabat ku dan bertanya "awak ada duit ka ? bagi saya seringgit" arah budak itu...dengan nada yang lembut sahabat ku menjawab "saya takda duit seringgit"...budak lelaki tadi seperti berang lalu berkata "TIPU !" sambil menampar kepala beliau yang baru sahaja berpaling muka menghadap buku di depan...dan budak yang terlalu kurang ajar itu terus tersengih sambil berlari ke arah kumpulannya yang juga turut tersengih malah ada yang ketawa terbahak...dalam keadaan beliau yang sedikit kepenatan,hanya mampu duduk disitu sambil memerhati budak sialan tadi terus berlalu pergi...semasa perkara itu terjadi,fikiran nya agak bercelaru memikirkan,'patut ke aku  tarik kaki budak tu biar dia jatuh lepas tu ambush dia?','patut ke aku pergi belasah dia cukup cukup ?','tapi nanti kalau aku buat macam tu boleh jadi gaduh,lepas tu sampai panggil ibu bapa'...setelah pikir punya pikir,akhirnya dia membiarkan saja budak sialan itu berlalu pergi tanpa membuat sebarang tindakan kerana beliau memikirkan risiko jangka masa pangjangnya...dengan kudrat yang ada,beliau terus membaca buku itu sehingga habis ceritanya...walaupon pengakhiran cerita tu tak lah berapa nak best seperti yang apa yang disangka,tetapi lebih baik beliau membacanya daripada bergaduh dengan budak sialan tu yang hanya mahu mengusik beliau...
moral of the story...jangan lah duduk ditempat yang lengang dan tiada orang walaupon di dalam kawasan sekolah...seelok eloknya,tunggu la di dalam pondok GUARD yang lebih selamat...