. . .

Tuesday, September 13, 2011

Hari Raya


selepas sebulan berpuasa dan selepas berminggu minggu jugak tak update,nak ucapkan "
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir je" (batin untuk orang yang dah kahwin je).setelah penat sebulan puasa penuh,segala cabaran,godaan dan ujian kita dah lalui.tapi yang menjadi persoalannye,'Adakah Kita Cemerlang' ? bak kata orang putih (saya pun putih jugak.hihi),'flying colour' gitu.kebanyakkan kita semua tergolong dalam golongan yang disebut didalam lagu Senario - puasa dan raya (tak tau betul ke tak).

baju raya mesti nak gah.kasut raya mesti berkilau sampai kena pakai speck mata hitam bak nyanyian Noh Hujan untuk Kak Pah aka Datuk Sharifai Aini dalam Mentor Raya.silau silau Noh tengok kasut Kak Pah sampai kena pakai speck mata hitam.ehem,saya ni bukan lah baik sangat (
sebab tak jumpa kasut raya),'dakwah' saya ni tak lah sehebat Ustazah Siti Nur Bahiyah.saya ni cuma version ke-3 dia je sebab version ke-2 dah disandang oleh salah seorang ahli kumpulan Sepah Rajalawak.

raya raya jugak,tapi kita kena ingat kat mereka yang sudah meniggalkan kita dan jangan lah lupa untuk sedekahkan mereka Al-fatihah (
untuk ibu bapa pun boleh walaupun mereka masih hidup) dan lawat lah pusara mereka sesungguhnya kematian boleh mengingatkan kita supaya bertaubat,melaksanakan tuntutan agama,mengingati mati dan yang sewaktu dengannya.tak nak lah taip panjang panjang sebab idea pun sudah kureng dek kerana makan tak mengikut Piramid Giza.eh ? bukan Giza la tapi Makanan.Piramid Makanan.

apa apapun,saya,seorang hamba Allah ingin meminta maaf kalau selama saya menaip entri entri sebelum ini ada bahasa yang tidak menyenangkan,saya minta maaf dari 'A' sampai 'Z'.
"
Dot Dot Dot pergi pasaraya,
ingin membeli kacang soya,
bulan ini bulan Raya,
inilah masa to collect duit Raya."
"
Selamat Hari Raya It's Time To Collect Duit Raya!" 

Monday, August 22, 2011

Ganjaran Bagi Yang Ikhlas Berpuasa



kedudukan orang yang berpuasa di sisi Allah sangat mulia hinggakan Allah menyediakan pintu khas ke syurga yang dinamakan al-Rayyan...
malaikat yang menjaga pintu itu akan menyeru dan memanggil orang berpuasa untuk dimasukkan ke syurga melalui pintu al-Rayyan yang dijaga dan tidak ada yang dapat melaluinya melainkan mereka yang layak saja...
Rasulullah S.A.W. bersabda: "tidak seorang pun hamba daripada Allah yang berpuasa sehari dengan niat kerana Allah,melainkan Allah jauhkan mukanya daripada kepanasan api neraka sejauh perjalanan 70 tahun lamanya."
orang berpuasa dengan niat ikhlas kerana Allah bukan kerana duit,mak suruh dan sebagainya,kemudian memelihara puasanya daripada amalan yang ditegah,Allah akan membalasnya dengan menjauhkan dirinya dari api neraka sejauh 70 tahun perjalanan !

Wednesday, August 17, 2011

Allah Membuka Pintu Rahmat



daripada Abu Hurairah r.a.,katanya:

  • Rasulullah S.A.W. bersabda: "apabila masuk bulan Ramadhan,terbukalah pintu-pintu rahmat dan tertutuplah pintu-pintu neraka serta terbelenggulah syaitan-syaitan (daripada merasuk mangsanya)." (riwayat muslim)
menurut huraian ulama rahimahumullah,bahawa terbukanya pintu pintu rumah untuk 'rumah terbuka'...salah la pulak...terbukanya pintu pintu syurga dan tertutupnya pintu pintu neraka,serta terbelenggunya syaitan syaitan di sepanjang bulan Ramadhan,boleh difahami menurut maksudnya yang zahir untuk menghormati bulan Ramadhan yang mulia itu...


dan boleh jugak difahamkan sebagai satu gambaran yang budak budak boleh main sorok sorok or hide and seek malam malam...eh ? silap da...boleh difahamkan sebagai satu gambaran bahawa orang orang yang berjaya merebut peluang mengisi bulan Ramadhan dengan pelbagai jenis ibadat yang wajib dan yang sunat dan berjaya mencegah dirinya daripada melakukan perkara perkara yang dilarang,maka amal baiknya akan membawanya masuk ke syurga dam amalannya itulah jugak yang menyelamatkannya daripada hasutan syaitan yang membara dan daripada azab neraka...

Thursday, August 11, 2011

5 Perkara Hindar Akhlak Buruk

pada bulan Ramadhan,umat Islam sangat digalakkan memperbanyakkan menyebut mengenai lima perkara seperti yang disarankan oleh Nabi Muhammad S.A.W....


Insya-Allah dengan selalu menyebut dan mengingatinya memberi kesedaran kepada kita sepanjang bulan Ramadhan...


Rasulullah mengingatkan umatnya mengenai lima perkara itu iaitu:

  • perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk...
  • perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia...
  • perbanyakkan menyebut dan mengingati hal kematian daripada hal kehidupan...
  • jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga...
  • jangan sebut dan nampak nampakkan kebaikkan atau keburukan diri orang lain...
semoga lima perkara yang disebutkan di atas dapat kita hayati dan diterapkan dalam kehidupan ketika bulan Ramadhan...

Pahala Memberi Makan Orang Berbuka



bulan Ramadhan mempunyai lima keistimewaan yang tak ada pada bulan yang lain,iaitu puasa selama sebulan,Lailatul Qadar,zakat fitrah,Nuzul Quran dan amal kebajikan...dah bayar zakat belum...???


Salman alFarisi meriwayatkan: dalam sebuah hadis panjang,Rasulullah berkhutbah di hadapan kami pada akhir bulan Syaaban.baginda berpesan yang bermaksud:

  • "wahai umat manusia,sesungguhnya kami naungi bulan yang mulia lagi diberkati kerana Ramadhan itu adalah bulan kesabaran dan sabar itu balasannya syurga.Ramadhan juga adalah bulan yang padanya ditambah Allah rezeki orang Mukmin.barang siapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada bulan Ramadhan ini,adalah baginya pahala seperti memerdekakan seorang hamba dan dosa dosanya pula diampunkan."
cerita selingan: KALAU KEDEKUT,KEDEKUT JUGALAH...
alkisah...ada seorang kaya tapi kedekut ala ala Haji Bakhil...satu hari,dia jatuh sakit lalu bernazar akan mengajak jiran jirannya ke rumah untuk bersamanya menjamu selera jika sihat nanti...apabila sihat,dia pun mengajak jirannya kerumah.sampai di rumah,terdapat pelbagai hidangan enak menanti...para tetamu duduk dimeja makan seentara mananti makanan dihidangkan...tidak berapa lama,datanglah pelayan membawa makanan kepada orang kaya.orang kaya pun makan beberapa suapan seraya berkata: "ahh...makanan ini terlalu manis.kenapa kamu banyakkan gula dalam makanan ini...??? bawa semula ke dapur." para tetamu hanya memandang saja tanpa sempat menjamah makanan itu...



kemudian makanan kedua pula dibawa.orang kaya pun makan beberapa suapan seraya mengomel dengan berkata: "ahh...makanan ni terlalu banyak bawang.bukankah aku sudah pesan jangan gunakan bawang dalam makananku.bawa semula ke dapur." begitulah yang berlaku kepada makanan seterusnya...

Kelebihan Puasa Dari Sudut Sains

puasa bulan Ramadhan merupakan satu proses yang menyakitkan diri menyeksakan diri...ish ish ish...salah tu...ia memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan...

  • dalam bulan ini,kita berpeluang merehatkan organ penghadaman yang telah bekerja keras tanpa gaji sepanjang tahun...bukan saja merehatkan,kita juga memberi peluang kepada organ tersebut membersihkan 'dirinya' dengan syarat kita mengamalkan pemakanan yang mengikut perasaan...ayam goreng,ayam panggang,ayam percik,ayam golek tapi jangan ayam yang tergolek...ish ish puasa puasa...maksud saya,mengamalkan pemakanan yang betul dan seimbang sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ni...
  • berpuasa juga akan memberi peluang kepada tubuh badan untuk membuang lebihan toksin yang terkumpul di dalam badan menjadi khazanah negara...pda peringkat awal berpuasa,kita sedari bahawa mulut akan berbau,peluh berbau,kulit kering bersisik duyung,gatal gatal pada kulit,air kencing pekat dan berbau,lidah kelat dan sebagainya...ini semua merupakan petanda bahawa tubuh kita sedang 'mandi',membersihkan toksin dalam badan...
  • berpuasa juga boleh meningkatkan kekuatan fizikal dan mental umat islam...jangan kita fikir yang kita akan rasa lemah bila berpuasa...selalunya pada bulan inilah kita merasakan bahawa kekuatan dalam diri kita diuji dengan pelbagai bentuk ujian...pergi bazaar nampak segala jenis ayam...oopssi,jangan pikir lain...bagi mereka yang bekerja dengan menggunakan kekuatan fizikal,bulan Ramadhan pasti menguji ketahanan diri...bagi mereka yang mudah lemah semangat,kelebihan bulan Ramadhan ini perlulah digunakan untuk membina kekuatan diri...bagi mereka yang bekerja sebagai receptionist, bulan Ramadhan pasti menguji ketahanan nafsu diri...

Wednesday, August 10, 2011

Menghidupkan Hari Hari Terakhir Ramadhan



adakah kita benar benar faham makna hari hari teakhir Ramadhan...??? kalu hari hari terakhir Raya mesti kita tau punya...open house la,open door la,open itu la open ini la...ehem,pikir yang positif...puasa enam,ziarah menziarahi,duit raya...pikir yang positif...Khalifah Umar Ibn Abdul Aziz memerintahkan seluruh rakyatnya supaya mengakhiri puasa dengan membanyakkan istighfar dan memberi sedekah...ini kerana istighfar dan sedekah dapat menampal amalan puasa kita yang berlubang atau pecah seperti ditembak peluru dosa dosa kecil...menapak hari hari berlalunya Ramadhan,semestinya kita sedang pikir pasal Raya...!!! eh...??? salah la... semestinya kita semakin kerap melakukan muhasabah diri...

  • "wahai orang beriman,bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang diperbuatnya untuk hari esok dan bertakwalah kepada Allah,sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Hasyr : 18)
marilah kita bandingkan kemeriahan keluarga,adik,kakak,abang,sahabat handai,saudara mara kita dengan mereka yang berada di Palestin,Lubnan dan negara lain yang dikejutkan dengan bunyi dentuman roket,bom dan rempuhan kereta kebal,anak anak dan ibu dikejut dengan bedilan mortar askar penceroboh pada waktu sahur,tangan mereka diikat,hanya atas nama memerangi keganasan dan mengembalikan keamanan,apakah yang membezakan kita dengan mereka...??? 


semakin akhir Ramadhan semakin hampir Raya...hihihi...sepatutnya kita semakin bersedih kerana sebenarnya kita tidak layak untuk syurga Allah tetapi kita tidak sanggup menahan api nerakanya...Rasulullah menyuruh umatnya melipatgandakan amalann menjelang akhir Ramadhan tetapi kita melipatgandakan koleksi kuih muih Raya,baju baju Raya,mercun dan meriam Raya...ehem,pikir yang positif...


rebutlah peluang MEGA RAYA SALE di semua gedung membeli belah...!!! Tesco,Jusco,Sogo,Giant,Nobita... eh...??? silap da...maksud saya,rebutlah peluang beristighfar dan memohon kelepasan daripada api neraka pada Ramadhan ini...jangan biarkan Ramadhan berlalu tanpa baju raya baru,kuih muih yang tak terkira dan koleksi mercun bermacam spesis...!!! eh...??? salah lagi... positif positif... jangan biarkan Ramadhan berlalu dengan kekesalan kerana tidak memanfaatkan kemuliannya...


'SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA'

Kebangkitan Orang Berpuasa



dalam satu riwayat daripada Jabir bin Abdullah r.a. sabda Rasulullah S.A.W. : "apabila datang hari kiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah S.W.T. memberi wahyu kepada malaikat Ridhwan: "wahai Ridhwan,sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba hamba-Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka dalam keadaan letih dan dahaga.maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga."


maka malaikat Ridhwan menyeru,"wahai sekalian kawan kawan dan semua anak anak yang belum baligh",lalu mereka semua datang dengan membawa dulang daripada nur dan berhimpun dekat malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buah buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat bnyak melebihi daun daun kayu bumi...


jika mlaikat Ridhwan berjumpa dengan Mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirmankan oleh Allah dalam Surah al-Haqqah yang bermaksud:

  • "makan dan minumlah dengan sedap disebabkan amal yang telah kamu kerjakan pada hari yang telah lalu itu."

Tuesday, August 9, 2011

Keistimewaan Ramadhan

omg...
  1. Syurga akan dihias semula - ala ala macam kita nak raya...semua keindahan yang ada kat syurga tak dapat dibayangkan...segala persepsi kita tentang keindahannya langsung tak sama sebab syurga jauh lagi superb...wanginya akan ditambah sampai ia boleh dicium sejauh 40 tahun perjalanan...!!! wow...!!!
  2. Bidadari diciptakan oleh Allah - mereka adalah penghias syurga yang diciptakan oleh Allah yang Maha Esa untuk kaum lelaki yang beriman kepadanya.korang semua boleh claim masa kat syurga nanti...
  3. Allah menyeru sebanyak tiga kali - pada malam pertama Ramadhan bahkan setiap malam Allah akan berseru sebanyak tiga kali : "adakah sesiapa di sana ingin meminta sesuatu lalu Aku berikan.adakah di sana orang yang ingin meminta keampunan nescaya Aku ampunkan dosanya.adakah di sana orang yang ingin bertaubat kepada Allah S.W.T. maka Aku akan menerima taubatnya."
  4. Beribadat - pada bulan Ramadhan ni,Allah bagi peluang kat hamba hambanya untuk beribadat...
  5. Ampun - ikan di air akan mintak ampun untuk orang yang berpuasa sampai waktu berbuka...
  6. Diampunkan - segala dosa akan diampunkan masa malam terakhir bulan ramadhan...
  7. Mulut bau wangi - bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi daripada bau kasturi di sisi Allah...
superbnya keistimewaan Ramadhan...nasib baik lah aku ni berpeluang untuk menunaikan ibadah puasa...Alhamdulillah...

Saturday, August 6, 2011

Penaklukan Andalusia Pada Bulan Ramadhan



pada bulan ramadhan tahun ke-92 hijrah,kaum muslimin di bawah pimpinan Thariq bin Zaid,berjaya membuka Andalusia (Sepanyol).peristiwa ini dikenali sebagai "Futuh Andalusia" ini begitu menyemarakkan semangat perluasan empayar Islam apabila Thariq dan tentera muslimin,berjaya menyeberangi selat diantara Afrika dan Eropah atas pemerintahan Musa bin Nushair,penguasa Islam ketika itu.


setelah tentera islam menyeberangi selat berkenaan,Thariq memerintahkan agar semua kapal perang Islam dibakar,sambil berpidato dengan penuh semangat bagi meransang jiwa angkatan Islam: "musuh di depan kamu.apabila kamu mundur,lautan di belakang kamu.pilih yang mana lebih tinggi kehormatannya,berjuang di jalan Allah atau mati ditelan lautan."


ucapan Thariq membakar semangat tentera muslimin untuk berjuang mati-matian kerana ada yang di depan hanyalah berjuang sekuat tenaga dan mengharap pertolongan Allah.semangat ini membolehkan satu demi satu kota musuh jatuh ke tangan kaum muslimin dan Andalusia brjaya ditakluki tentera muslimin pada bulan Ramadhan.


sejak itu,Andalusia menjadi pusat perkembangan imu pengetahuan dan mercu peradaban manusia yang tersohor pada zamannya,sehinggakankemajuan teknologi yang dimiliki Eropah sekarang adalah warisan teknologi umat Islam masa silam.

Friday, August 5, 2011

10 Peringatan Bumi



Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun,masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.berkata Anas bin Malik r.a. "sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara."
  1. Wahai anak Adam! berjalanlah diatas perutku,tetapi ingatlah! engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak
  2. engkau lakukan maksiat di atas belakangku,tetapi ingatlah! engkau akan diazab di dalam perutku.
  3. engkau bergembira di atas belakngku tetapi ingatlah! engkau akan bersedih di dalam perutku.
  4. engkau ketawa di atas perutku,tetapi ingatlah! engkau akan menangis di dalam perutku.
  5. engkau mengumpul harta di atas belakangku,tetapi ingatlah! engkau tidak akan memiliki walau secebis harta di dalam perutku.
  6. engkau makan benda yang haram di atas belakangku,tetapi ingatlah!  jasad engkau akan di makan oleh ulat di dalam perutku.
  7. engkau angkuh di atas belakangku,tetapi ingatlah! engkau akan dihina di dalam perutku.
  8. engkau berlari dengan riang di atas belakangku,tetapi ingatlah! engkau akan jatuh kedalam perutku dalam keadaan hina.
  9. engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari,bulan dan bintang di belakangku,tetapi ingatlah! engkau akan tinggal dalam kegelapan didalam perutku.
  10. engkau hidup diatas belakangku beramai-ramai,tetapi ingatlah! engkau akan keseorangan didalam perutku.

Kaitan Malam Lailatulqadar Dengan Nuzul Al-Quran



sebenarnya al-Qran dan malam lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat sebagaimana yang diterangkan di dalam al-Quran dan hadis rasulallah S.A.W.firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
  • sesungguhnya kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam lailatulqadar.dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam lailatulqadar itu? malam lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan.pada malam itu,turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka,membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikutnya).sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar ! (surah al-Qadr :1-5)

mengikut satu pandangan,ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat daripada Ali bin Aurah,pada satu hari,rasulullah S.A.W. telah menyebut 4 orang daripada bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun.mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah,lalu para sahabat kagum dengan perbuatan merreka itu.Jibril datang memberitahu kepada rasulullah S.A.W. behawa Allah menurunkan sesutau yang lebih baik daripada amalan mereka.Jibril pun membaca surah al-Qada.ayat ini menjadikan rasulullah dan para sahabat amat gembira.

Thursday, August 4, 2011

Diet Guidelines For Ramadhan

during the holy month of ramadhan,our diet should not differ very much from our normal diet and should be as simple as possible.the diet should be such that we maintain our normal weight,neither losing nor gaining.however, if one is over weight,Ramadhan is an ideal time to normalise one's weight.


in view of the long hours fasting,we should consume slow-digesting foods including fibre-containing foods rather than fast-digesting foods.slow-digesting foods last up to 8 hours,while fast-digesting foods last for only 3 to 4 hours.



slow-digesting foods are foods that containing grains and seeds like barley,meat,oats,millet,beans,wholemeal flour,semolina,lentils,etc. (called complex carbohydrates)



fast-digesting foods are foods that containing sugar,white flour,etc. (called refined carbohydrates)



fibre-containing foods are bran-containing foods,whole wheat,grains and seeds,vegetables like green beans,peas,sem (papry),marrow,spinach,and other herbs like methie,friut with skin dried especially dried appricots,figs,prunes,almond,etc.


foods that eaten should be well balanced.fried foods are unhealthy and should be limited.they cause indigestion,heart-burn,weight problems.