. . .

Friday, August 5, 2011

10 Peringatan Bumi



Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun,masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.berkata Anas bin Malik r.a. "sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara."
  1. Wahai anak Adam! berjalanlah diatas perutku,tetapi ingatlah! engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak
  2. engkau lakukan maksiat di atas belakangku,tetapi ingatlah! engkau akan diazab di dalam perutku.
  3. engkau bergembira di atas belakngku tetapi ingatlah! engkau akan bersedih di dalam perutku.
  4. engkau ketawa di atas perutku,tetapi ingatlah! engkau akan menangis di dalam perutku.
  5. engkau mengumpul harta di atas belakangku,tetapi ingatlah! engkau tidak akan memiliki walau secebis harta di dalam perutku.
  6. engkau makan benda yang haram di atas belakangku,tetapi ingatlah!  jasad engkau akan di makan oleh ulat di dalam perutku.
  7. engkau angkuh di atas belakangku,tetapi ingatlah! engkau akan dihina di dalam perutku.
  8. engkau berlari dengan riang di atas belakangku,tetapi ingatlah! engkau akan jatuh kedalam perutku dalam keadaan hina.
  9. engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari,bulan dan bintang di belakangku,tetapi ingatlah! engkau akan tinggal dalam kegelapan didalam perutku.
  10. engkau hidup diatas belakangku beramai-ramai,tetapi ingatlah! engkau akan keseorangan didalam perutku.

No comments:

Post a Comment