puasa bulan Ramadhan merupakan satu proses yang menyakitkan diri menyeksakan diri...ish ish ish...salah tu...ia memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan...
- dalam bulan ini,kita berpeluang merehatkan organ penghadaman yang telah bekerja keras tanpa gaji sepanjang tahun...bukan saja merehatkan,kita juga memberi peluang kepada organ tersebut membersihkan 'dirinya' dengan syarat kita mengamalkan pemakanan yang mengikut perasaan...ayam goreng,ayam panggang,ayam percik,ayam golek tapi jangan ayam yang tergolek...ish ish puasa puasa...maksud saya,mengamalkan pemakanan yang betul dan seimbang sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ni...
- berpuasa juga akan memberi peluang kepada tubuh badan untuk membuang lebihan toksin yang terkumpul di dalam badan menjadi khazanah negara...pda peringkat awal berpuasa,kita sedari bahawa mulut akan berbau,peluh berbau,kulit kering bersisik duyung,gatal gatal pada kulit,air kencing pekat dan berbau,lidah kelat dan sebagainya...ini semua merupakan petanda bahawa tubuh kita sedang 'mandi',membersihkan toksin dalam badan...
- berpuasa juga boleh meningkatkan kekuatan fizikal dan mental umat islam...jangan kita fikir yang kita akan rasa lemah bila berpuasa...selalunya pada bulan inilah kita merasakan bahawa kekuatan dalam diri kita diuji dengan pelbagai bentuk ujian...pergi bazaar nampak segala jenis ayam...oopssi,jangan pikir lain...bagi mereka yang bekerja dengan menggunakan kekuatan fizikal,bulan Ramadhan pasti menguji ketahanan diri...bagi mereka yang mudah lemah semangat,kelebihan bulan Ramadhan ini perlulah digunakan untuk membina kekuatan diri...bagi mereka yang bekerja sebagai receptionist, bulan Ramadhan pasti menguji ketahanan nafsu diri...
No comments:
Post a Comment