bulan Ramadhan mempunyai lima keistimewaan yang tak ada pada bulan yang lain,iaitu puasa selama sebulan,Lailatul Qadar,zakat fitrah,Nuzul Quran dan amal kebajikan...dah bayar zakat belum...???
Salman alFarisi meriwayatkan: dalam sebuah hadis panjang,Rasulullah berkhutbah di hadapan kami pada akhir bulan Syaaban.baginda berpesan yang bermaksud:
- "wahai umat manusia,sesungguhnya kami naungi bulan yang mulia lagi diberkati kerana Ramadhan itu adalah bulan kesabaran dan sabar itu balasannya syurga.Ramadhan juga adalah bulan yang padanya ditambah Allah rezeki orang Mukmin.barang siapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada bulan Ramadhan ini,adalah baginya pahala seperti memerdekakan seorang hamba dan dosa dosanya pula diampunkan."
alkisah...ada seorang kaya tapi kedekut ala ala Haji Bakhil...satu hari,dia jatuh sakit lalu bernazar akan mengajak jiran jirannya ke rumah untuk bersamanya menjamu selera jika sihat nanti...apabila sihat,dia pun mengajak jirannya kerumah.sampai di rumah,terdapat pelbagai hidangan enak menanti...para tetamu duduk dimeja makan seentara mananti makanan dihidangkan...tidak berapa lama,datanglah pelayan membawa makanan kepada orang kaya.orang kaya pun makan beberapa suapan seraya berkata: "ahh...makanan ini terlalu manis.kenapa kamu banyakkan gula dalam makanan ini...??? bawa semula ke dapur." para tetamu hanya memandang saja tanpa sempat menjamah makanan itu...
kemudian makanan kedua pula dibawa.orang kaya pun makan beberapa suapan seraya mengomel dengan berkata: "ahh...makanan ni terlalu banyak bawang.bukankah aku sudah pesan jangan gunakan bawang dalam makananku.bawa semula ke dapur." begitulah yang berlaku kepada makanan seterusnya...
No comments:
Post a Comment