kedudukan orang yang berpuasa di sisi Allah sangat mulia hinggakan Allah menyediakan pintu khas ke syurga yang dinamakan al-Rayyan...
malaikat yang menjaga pintu itu akan menyeru dan memanggil orang berpuasa untuk dimasukkan ke syurga melalui pintu al-Rayyan yang dijaga dan tidak ada yang dapat melaluinya melainkan mereka yang layak saja...
Rasulullah S.A.W. bersabda: "tidak seorang pun hamba daripada Allah yang berpuasa sehari dengan niat kerana Allah,melainkan Allah jauhkan mukanya daripada kepanasan api neraka sejauh perjalanan 70 tahun lamanya."
orang berpuasa dengan niat ikhlas kerana Allah bukan kerana duit,mak suruh dan sebagainya,kemudian memelihara puasanya daripada amalan yang ditegah,Allah akan membalasnya dengan menjauhkan dirinya dari api neraka sejauh 70 tahun perjalanan !
No comments:
Post a Comment